Alhamdulillah..
3 Februari lalu adik genap berumur 2 tahun 4 bulan.
Masih breastfeeding lagi. Ini bermakna misi aku berbaki 2 bulan sahaja lagi. Sampai saat ini, adik masih refuse untuk minum formula milk. Aku tak sure la kenapa. Adakah sebab adik belum boleh terima rasa formula milk? Tak nak minum milk dalam bottle / cup / sippy cup? Kat rumah try gak bagi die minum FM dalam bottle atau sippy cup, dalam 2 oz tu, setengah je kot yang masuk dalam mulut die. Lebihnya, masuk dalam mulut aku.
Apa yang merisaukan aku sebenarnya adalah takut die 'tak cukup' je. Ye la, makan pon kekadang banyak, kekadang boleh la, kekadang tak makan. Ikut suka selera dia.
Kekadang tu selera adik cuma roti dengan cheese or biskut oreo sahaja. Menu ini kekadang diguna pakai masa lunch dan dinner jugak tau. Dari langsung tak makan ape, at least ada something untuk adik makan.Stress aku memikirkan khasiat dan cukup ke hanya makan itu jer adikkkk...
But, so far Alhamdulillah. Supply untuk adik masih cukup walaupun adik hanya direct feeding bila bersama aku. Macam mana aku tahu cukup??? Hahaha....gelak jahat.
Selalunya, adik akan 'stop' or 'lepas' sendiri bila die dah rasa puas. Setakat ini, aku takde ambil apa-apa supplement pun. Last October 2013, aku ada la try amik supplement S****** but tak berhasil untuk diri aku. Lagipun, selepas seminggu aku ambil supplement tu, tetiba adik naik rash. Tetiba..Yes, TETIBA.Ok, pasal 'rash' adik tu nanti-nanti la aku cerita kan.
Orang kata, kalau 'air susu' yang keluar tu pekat means, cepat kenyang la anak kita tu kan. So, aku pun set dalam mind, 'Ok, aku mesti boleh bekalkan yang terbaik untuk adik dan aku mesti makan makanan yang berkhasiat (dengan kata lain yang dapat memekatkan air susu badan)'. Antara perkara yang aku amalkan a.ka MY MILK BOOSTER adalah:
1 - Makanan seimbang.(Lebihkan kumpulan makanan yang berada pada baris 1 dan 2 di bawah)
2 - Minum air masak secukupnya.
3 - Fresh milk. (I choose this one)
4 - Dates / Kurma.
5 - Buah-buahan. (Tak kira buah apa-apapun)
6 - Sayuran. (The best choice adalah berdaun hijau dan jenis kekacang)
7 - Seasons Longan & Red Dates (but susah nak dapat, kalau jumpe kat supermarket, for sure borong bertin-tin)
Last but not least...
8 - Sentiasa berdoa agar dipermudahkan penyusuan dan diperbanyakkan air susu.
9 - Amalan membaca ayat Qursi dan surah al-Hujurat, berselawat dan berzikir.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
*Picture courtesy of Google image